Selamat datang di Jantung Eropah

Tunggu apa lagi? Jom terbang dan temui Jewels of Romantic Europe!

Wilayah Bavaria, Tirol dan Salzburg, di tengah-tengah puncak Pergunungan Alp, memiliki pelbagai peluang yang dapat ditawarkan:
Jelajahi Munich, ibu negeri Bavaria yang tak pernah terlena, terkenal kerana pesonanya, kerana muzium terkemuka, teater dan orkestra yang ternama bertaraf dunia, gereja dan istana agung, taman dan kebun yang indah dan tentu saja juga kerana beragam peluang untuk membeli-belah.

Sebagai perbandingan sila pergi lebih jauh ke selatan sambil menikmati ketenangan daerah pedalaman Bavaria dan puri-puri indah sepanjang perjalanan menuju sempadan Austria. Sila mendaki Zugspitze, puncak yang tertinggi di Jerman sambil menikmati keindahan pemandangan.

Apabila menyeberangi sempadan Austria, anda mendapatkan kawasan percutian Austria yang utama di belahan selatan Bavaria. Tirol menyediakan peluang untuk mengenal kehidupan Eropah Tengah dengan paduan unik antara kebudayaan dan alam. Gunung-ganang megah dengan lembah permai, batu karang terjal dan ladang rumput hijau, tasik gunung berkilauan serta glasier luar biasa telah mempesona manusia dari pelbagai penjuru dunia sejak berabad-abad. Bandar Salzburg di dekatnya, tempat kelahiran komponis agung W.A. Mozart dan lokasi filem “The Sound of Music” menyajikan kebudayaan dan muzik dalam persekitaran yang menawan.

Munich lapangan terbang pertama di Eropah bertaraf bintang 5

Munich lapangan terbang pertama di Eropah bertaraf bintang 5

Munich telah menjadi lapangan terbang yang paling moden dan cepat di Eropah dengan masa hubungan singkat tak ada taranya yang berlangsung hanya 30 minit.
Jarak yang pendek antara pintu, prosedur pembayaran balik VAT yang mudah dan lebih dari 200 buah kedai dengan harga yang boleh bersaing dengan harga di bandar merupakan jaminan bagi keseronokan lawatan Lapangan Terbang Munich. Dengan lebih dari 3,800 penerbangan setiap minggu menuju lebih dari 150 destinasi jarak dekat dan sederhana, Lapangan Terbang Munich merupakan pintu gerbang yang tepat ke Eropah, Lapangan Terbang Munich bukan hanya lapangan terbang pertama berbintang 5 di Eropah, melainkan juga dinubatkan sebagai „Europe‘s Best Airport“ dan ketiga terbaik di dunia dalam ‘Skytrax World Airport Awards‘.
Pelbagai restoran serta Airport Brewery satu-satunya di dunia akan memanjakan lidah pencinta makan yang paling cerewet pun. Lapangan terbang juga menyediakan perkhidmatan meet-and-assist dalam pelbagai bahasa serta kemudahan bagi rombongan pelancong. “VIP WING” membuka pintunya bagi pelancong yang menghendaki perkhidmatan khusus dan layanan istimewa samada kelas tempat duduk mahupun syarikat penerbangannya.

www.munich-airport.de
www.munich-airport.de/travelindustry
MUNICH – Kosmopolitan dan megah

MUNICH – Kosmopolitan dan megah

Logo

Kosmopolitan dan megah, hidup di bawah naungan langit Munich memberikan harapan bagi setiap insan. Modeniti berpadu dengan tradisi membentuk suasana magis di Munich yang tidak pernah gagal untuk menimbulkan rasa suka cita. Terdapat beraneka sebab yang membuat Munich menjadi bandar yang sangat popular: muzium yang terkemuka, orkestra yang terkenal bertaraf antarabangsa, gereja dan istana yang mengagumkan, peluang membeli-belah yang menggiurkan, taman dan kebun yang menarik, aliran sungai yang hijau jernih dari pergunungan, Sungai Isar yang mengalir di tengah bandar, acara sukan berkaliber tinggi, gastronomi yang istimewa, fun festivals dan infrastruktur pelancongan kelas satu.
Frauenkirche: Kubah berbentuk bawang daripada katedral bergaya Gotik ini merupakan ciri Munich.
Hofbräuhaus: Nama gedung bir dan restoran yang paling terkenal di dunia diterjemahkan secara harfiah sebagai „court brewery.“
Schloss Nymphenburg: Istana musim panas bergaya Barok adalah tempat kelahiran raja Ludwig II. Shopping: Jenama-jenama antarabangsa, perhiasan dan fesyen berjenama terkenal dapat ditemui berdampingan dengan cendera mata dan pakaian tipikal dari Bavaria seperti Lederhosen (seluar kulit) dan Dirndl (pakaian wanita).
BMW Welt, BMW Muzium, BMW Munich Plant - alami BMW di tempat asalnya.

www.muenchen.de/salesguide
ZUGSPITZE - PUNCAK JERMAN

ZUGSPITZE - PUNCAK JERMAN

Tidaklah berlebihan bila dikatakan: Dengan ketinggian 2,962 meter Zugspitze merupakan gunung yang penuh dengan keistimewaan. Di gunung yang paling tinggi di Jerman ini terdapat ais abadi glasier dan panorama 360° yang menakjubkan dengan lebih dari 400 buah puncak gunung daripada 4 negara berbeza - Jerman, Austria, Switzerland dan Itali.
Nikmatilah pengalaman luar biasa di gunung ini dengan selesa: Naik tren cogwheel dari Zugspitze di stesyen Garmisch-Partenkirchen ke Tasik Eibsee yang permai. Dalam pendakian dengan kereta kabel dari Tasik Eibsee di bawah anda terhampar pemandangan tasik yang menakjubkan, sebelum cakrawala baru terbuka menunjukkan panorama Puncak Zugspitze yang mempesonakan. Glasier Zugspitze pada ketinggian 2,600 meter dapat diakses menggunakan kereta kabel glasier. Anda dapat melungsur dengan tobogan dalam setiap musim! Glasier Zugspitze memberi pencinta kereta luncur salji kemudahan untuk bermain sepanjang tahun. Bilamana anda sudah berada di Garmisch-Partenkirchen sebuah must-see lain adalah melihat anjungan AlpspiX di kawasan Garmisch-Classic. Tepat di atas stesyen kereta kabel Alpspitzbahn pada ketinggian 2,050 meter, dua balok baja membentuk X yang mengambang di atas kecuraman hampir 1,000 meter. Selambat-lambatnya ketika mencapai hujung jembatan yang panjangnya 25 meter, akan terdengar desis kagum dari bibir para pelancong pada saat mereka melihat pemandangan menakjubkan yang luas dengan kedalaman tak terhingga. Berkat berbagai kereta kabel, pengalaman luar biasa di gunung ini dapat dinikmati oleh semua orang dan mudah dipadukan dengan berjalan kaki.

www.zugspitze.de
HOHENSCHWANGAU ISTANA DAN MUZIUM RAJA-RAJA BAVARIA

HOHENSCHWANGAU ISTANA DAN MUZIUM RAJA-RAJA BAVARIA

Logo

Istana Hohenschwangau - Pada 1832 raja Max II dari Bavaria, ayah kepada raja Ludwig II yang terkenal itu, memperoleh puri Schwanstein yang terlantar dan membinanya semula dalam gaya Neogotik.

Sejak saat itu istana Hohenschwangau menjadi satu antara tempat tinggal musim panas dan berburu keluarga raja Bavaria. Pangsapuri peribadi dan sebahagian kecil barang-barang peribadi masih dipertahankan hingga saat ini.

Muzium raja-raja Bavaria
Sejak September 2012 dalam muzium dengan ruang sebesar 1,000 meter persegi diselenggarakan pameran tentang perkembangan dinasti Wittelsbach yang memegang peranan penting dalam menempa sejarah Eropah. Pameran itu berfokus pada masa pemerintahan raja-raja Bavaria dari tahun 1806 – 1918.
Biaya masuk meliputi sebuah audioguide dalam 8 bahasa, dan anda bebas mengambil masa untuk menikmati pameran dengan selesa.

Salah satu highlight: Kot asal Raja Ludwig II

www.hohenschwangau.de
www.museumderbayerischenkoenige.de
PUNCAK-PUNCAK GUNUNG MEGAH

PUNCAK-PUNCAK GUNUNG MEGAH

Puncak-puncak gunung yang megah, lembah-lembah yang menarik, tasik-tasik gunung yang berkilauan dan glasier yang mempesona bersama-sama membentuk pemandangan unik yang memukau pelawat dari seluruh pelosok dunia dan membuat “Land in the Mountains” menjadi destinasi percutian yang paling menarik di dunia.

Di samping kawasan pergunungan yang menakjubkan, Tirol juga menyelenggarakan acara kebudayaan yang mengagumkan para pelancong, bermula dari bandar-bandar bersejarah hingga peristiwa budaya agung dan malam Tirol tradisional - bercuti di Tirol tidak pernah cukup lama untuk mengenali seluruh keragaman kawasan berkenaan!

Tasik Achensee Surga bagi rawatan wellness di sekeliling tasik yang paling besar di Tirol. Padukan pelayaran romantik di atas kapal pesiar di tasik dengan keseronokan pemandangan indah dalam perjalanan dengan cogwheel tertua di Eropah yang meliuk-liuk naik dari lembah ke tasik.

Kitzbühel Pertembungan gunung legendaris dengan gaya hidup Alp yang baru pada Tirol‘s High Society Hotspot. Hotel-hotel terbaik di bandar dan landskap unik di sekitarnya memberi peluang melakukan beragam kegiatan masa senggang dalam kemewahan melimpah.

www.hota.tirol.at
Innsbruck Ibu Negeri Alp

Innsbruck Ibu Negeri Alp

Logo

Bandar yang telah memasuki buku rekod sebagai satu-satunya bandar di dunia yang menjadi tuan rumah daripada 3 Sukan Olimpik (1964, 1976, 2012) mengalu-alukan para pelancong dengan campuran unik pesona Peg. Alp dan kemesraan.

Pusat bandar yang telah berusia 800 tahun merupakan pusat kegiatan kebudayaan yang berpadu secara halus dengan gaya hidup urban muda. Gereja kaisar, Imperial Church, yang dinubatkan oleh UNESCO sebagai makam kaisar keempat terpenting, merupakan satu antara tempat penting di bandar Innsbruck. Kedai utama Swarovski, Bumbung Emas, senibina moden serta sukan dan alam semula jadi berpadu mewujudkan gaya hidup urban Alp yang unik.

Dari filem-filem Bollywood hingga filem dokumentari tempatan, landskap dan alam semula jadi yang fantastik memikat kalangan pembuat filem terkenal untuk melawat. Bahkan Douglas Adams menemukan ilham untuk menulis ikonoklastik „Hitchhikers guide to the Galaxy“ di Innsbruck. Pelancong pulang dengan perasaan bertuah kerana berpeluang melawat bandar ini.

www.innsbruck.info
Dunia Kristal Swarovski

Dunia Kristal Swarovski

Rasa kagum timbul apabila orang mengalami sesuatu yang tidak terduga, ketika mereka menghadapi suatu hal, mahluk atau suasana hati yang tidak pernah mereka bayangkan sebelumnya. Sudah sejak 1895, ketika Daniel Swarovski yang berpandangan jauh menubuhkan syarikat kristal yang terkenal di Wattens, kristal mempunyai makna lebih dari sekedar material baginya – kristal berfungsi untuk mengungkapkan fantasi dan kreativiti.

Dunia Kristal Swarovski (Swarovski Crystal Worlds) mengubah Kristal Swarovski menjadi suatu petualangan yang sentiasa berbeza dan diubahsuaikan bagi pelancongnya: di dalam ruang Chambers of Wonder dan taman yang luas sebilangan seniman, pereka bentuk dan arkitek bertaraf antarabangsa telah menafsirkan kristal mengikut cara mereka yang unik. Setelah perluasan yang ketiga dan terbesar pada 2015 dunia fantasi raksasa ikonik yang membentang sejauh 7.5 hektar mempersembahkan seni kontemporer, sejarah kuno, alam semula jadi yang menarik dengan program aktiviti bagi pelancong segala usia sepanjang tahun. Sejak dibuka pada 1995 lebih dari 12 juta orang telah melawat Dunia Kristal Swarovski. Itu membuatnya menjadi satu antara tarikan yang paling popular di Austria.

www.swarovski.com/kristallwelten
Lombong Garam Berchtesgaden

Lombong Garam Berchtesgaden

Logo

Lombong Garam terkenal di dunia yang walaupun hampir berusia 500 tahun namun masih tetap bekerja di Berchtesgaden dan Lombong Garam Kuna dengan Muzium Garam Bad Reichenhall dikagumi oleh ratusan ribu pelancong setiap tahun. Kedua-duanya layak dikunjungi pada segala musim. Terutama tiket masuk bersepadu sememangnya cocok untuk mempelajari segala apa tentang cara menggali dan menghasilkan garam serta air masin dari zaman dahulu kala hingga kini.

Melalui rekonstruksi Lombong Garam secara lengkap para pelancong memperoleh pengalaman yang baru dan moden di bawah tanah dalam perjalanan Salt-Time-Journey yang dipadukan dengan tradisi perlombongan terkemuka.

Highlights - penjelasan dalam pelbagai bahasa asing, pakaian pekerja lombong, perjalanan kereta api masuk dalam gunung, kereta luncur pekerja lombong, ruang khazanah, tasik kaca dan kedai garam yang baru.

www.salzbergwerk.de
SALZBURG

SALZBURG

Salzburg, bandar Mozart dan lokasi filem klasik Hollywood “The Sound of Music” ditandai oleh pusat bandar historis UNESCO World Heritage.
Permata Barok – Salzburg – memperolehi reputasinya kerana perpaduan unik seni bina bandar tua dan keindahan pemandangannya. Bandar ini membolehkan anda mendengar lagu-lagu klasik ternama sambil menghirup sejarah dan memberikan wawasan moden yang tak terduga. Di antara lengkungan katedral dan bangunan abad pertengahan anda menemukan pelbagai kedai tradisional yang sudah mapan tetapi juga jenama-jenama mewah antarabangsa yang terkenal. Pasti berbaloi melempar pandang pada setiap lorong, bahkan juga ke jalan yang paling kecil untuk merasakan pengalaman membeli-belah yang unik di Salzburg. Salzburg Card merupakan kunci anda untuk bandar Salzburg: dengan kartu ini anda masuk percuma ke pelbagai tempat pelancongan Salzburg, funikular dan kereta kabel, perkhidmatan kapal Salzach serta kendaraan awam. Pemilik Salzburg Card juga mendapat sejumlah diskaun pada konsert, pertunjukan teater atau pesiaran ke destinasi di sekitar Salzburg.

www.salzburg.info
PRIEN AM CHIEMSEE PURI, TASIK DAN TEMPAT YANG HARUS DIKUNJUNGI

PRIEN AM CHIEMSEE PURI, TASIK DAN TEMPAT YANG HARUS DIKUNJUNGI

Logo

Terletak ideal antara Munich dan Salzburg, Prien pada Tasik Chiemsee merupakan destinasi percutian favorit di Bavaria. Pemandangan alam yang menakjubkan di kawasan Chiemgau dan Peg. Alp di Upper Bavaria mempersembahkan pelbagai peluang kegiatan sukan, hiburan dan budaya.

Selain puri Herrenchiemsee, istana raja Bavaria Ludwig II yang terkemuka, Prien kaya akan tradisi Bavaria. Terlebih-lebih lagi, Prien terkenal akan acara kebudayaan besar pada lokasi yang menarik seperti Christmas Market di Island of Frauenchiemsee. Lebih dari 2,500 katil menanti kedatangan anda di ‘Bavarian Sea‘!

Maklumat lanjut tentang kegiatan hiburan dan kebudayaan dengan perincian penginapan dan pakej istimewa dapat diperoleh daripada:

Prien Marketing GmbH
Alte Rathausstrasse 11
83209 Prien am Chiemsee
Germany

www.tourismus.prien.de
Sejengkal bahagian dunia yang unik …

Sejengkal bahagian dunia yang unik …

Bavaria kaya dengan tarikan unik dan original, destinasi yang dihargai oleh pelancong dalam mahupun luar negara. Kekayaan yang berlimpah ini merupakan sumber bagi pereka bentuk di KulturGut. Di balik setiap produk dan reka bentuk terdapat sebuah kisah yang menyerlahkan sifat-sifat setiap tarikan berkenaan dan memberi pelancong peluang membawa pulang sejengkal Bavaria.

Pilihan produk meliputi skarf sutera, kusyen, beg, tuala, botol hiasan yang dirancang indah bahkan juga porselin buatan tempatan. Kedai-kedai rasmi Jabatan Istana Bavaria terletak strategik atau sangat berhampiran dengan tempat pelancongan terkenal di Bavaria. Kedai-kedai tersebut boleh didapati di Istana Neuschwanstein, Linderhof, Herrenchiemsee, Istana Nymphenburg dan Residenz Munich. Ikuti beg berjalur putih dan biru …

www.kulturgut.de
Tour Proposal

Tour Proposal

  • Day 1 - Munich
    Arrival at Munich Airport. Transfer to city centre of Munich. Overnight stay in Munich.
  • Day 2 - Munich - Garmisch-Partenkirchen - Zugspitze
    Transfer to Garmisch-Partenkirchen (1.15 hrs), City tour & Excursion Zugspitze mountain, Stay overnight in Garmisch-Partenkirchen
  • Day 3 - Hohenschwangau - Neuschwanstein Castle
    Transfer to Hohenschwangau (1 hrs), Visit Neuschwanstein & Hohenschwangau Castle, Stay overnight at Schlosshotel Lisl & Jagerhaus Hotel
  • Day 4 - Hohenschwangau - Wattens - Innsbruck
    Transfer to Wattens ( 2 hrs), Visit Swarovski Crystal Worlds, Transfer to Innsbruck (20 minutes) - City tour, Stay overnight in Innsbruck
  • Day 5 - Innsbruck - Berchtesgaden - Koenigssee
    Transfer to Berchtesgaden (2.15 hrs), Visit Salt Mines & Lake Koenigssee, Stay overnight in Berchtesgaden
  • Day 6 - Berchtesgaden - Salzburg
    Transfer to Salzburg (40 minutes), City Tour of Salzburg, Stay overnight in Salzburg
  • Day 7 - Salzburg - Lake Chiemsee
    Transfer to Prien at Lake Chiemsee (1 hrs), Cruise on lake chiemsee and visit Herrenchiemsee Castle, and museum, Stay overnight in Prien at Lake Chiemsee
  • Day 8 - Prien at Lake Chiemsee - Munich
    Transfer to Munich (1 hrs), City Tour of Munich, Leisure time / Shopping, Depart from Munich Airport

Romantic Jewels Movies

< >


© Jewels of Romantic Europe - Bavaria & Tirol | All rights reserved.    | Imprint |